juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Tuesday 28 February 2012

membebel..

aku baru balik.. and aku letih SANGAT SANGAT SANGAT..kenapa pun aku tak taw..
Bila aku letih camni, mula la datang angin aku nak membebel tak tentu pasal.
tapi aku paham, xde sape akan sudi dengar kita membebel.apa kau ingat kau sorang je letih?kau sorang je ada life drama?
sebab itulah gunanya blog..ko punya blog kau menceceh la sesuka hati kau..hu2

tempat kerja baru aku nih kalau banding2 ngan tempat lama, mmg la byk pro n cons nya..aku paham..tiada yang sempurna di dunia ni.
cuma aku rasa susa nmpknya nk adjust cara kerja tmpat dulu ngan tempat baru.
aku tak tahu berapa ramai yg bley paham perasaan aku ni. bayangkan aku masuk 8.30 pagi, sampai la aku kuar blk 5.30 ptg, aku akn duduk saje kt kerusi ngadap komputer n menaip tak sudah-sudah. tak bergerak gerak. dok jela kat citu mengejar beribu-ribu dcs tuntutan nk dibuat.lenguh bahu, pinggang, mata aku semua.

banding dgn kerja aku sblm ni yg mmg byk aku bergerak..dari setingkat pegi tingkat lain. n byk juge pegi outstesen mana2..or meeting mengejut mahupun tak mengejut..jadi bila dpt keje kene duduk tegak n fokus memanjang tak henti-henti ni, aku mula la pening2 lalat. letih weh..letih minda...

lagi satu, tempat baru ni sulit sgt. pergerakan aku terbatas so aku x bebas meneroka sesuka hati aku. ini sgt la berbeza dgn jiwa aku yg mmg suka meneroka" ni yg boleh aku praktikkan di tempat lama dolu..hu2...

apepun, yg pasti aku masih tak begitu ramah dgn rkn sekerja kat situ. i am a loner ok T_T sob2..
tapi agak menghairankan juga bile ramai org begitu bersemangat nak mengajar aku segalanya.. atau mungkinkah sebenarnya lebih kpd nak aku buat segala-galanya? eh2..x baik buruk sangka tahu...

oklah balik kpd citer loner td, krn aku mmg sengsorg saja kebnykn masa, maka aku pn akn g lunch sengsorg jela. itu bukanlah masalah besar sebab aku mmg da agk familiar ngan kwsn ni. i know where to eat and where to pray. eleh, bkn jauh mana pun dr tempat dulu. masih dlm kompleks yg sama cuma bertukar bahagian. tu je. cuma ni suratan atau kebetulan ke, aku sgt slalu terserempak ngan kumpulan guy yg ramai setiap kali aku turun ke cafe atau berjalan ke mana2.. eh dari mana korg dtg ha? n paham2 jela bile pompuan jln sengsorg di depan/sebelah kawanan lelaki-lelaki "gagah" yg ramai.. aku rase sgt segan weh...

ok..angap sajelah aku poyo di sini. tapi seyes. aku mungkin boleh jadi ramah bila aku mahu, juga boleh jadi tak ramah bila aku mahu. tapi hakikat sebenanye yg susah aku nk sangkal, aku ni pemalu weh sebenanye.. wuwuwuwuwuuu.. seyessss... jadi tolongla...yg herannya, dulu aku rasa aku xla sekronok spt skrg...

apa pun, mungkin aku penat..mungkin aku loner...tapi bagus juga macam ni. aku tak perlu jaga hati sesapa. aku jaga diri aku sndri je. lagipun x la teruk sgt. kedudukan meja aku dkt dengan blk rehat kot. ade peti ais besau, toaster, tea set, tv ngan microwave lagi tu.. x la teruk sgt utk lepak sorg2 sekalipun kan..

da la..letih aku membebel kat cini...chiowww...aku nak kene kuar g jmpe owner uma baru.harap die tak bebel panjang. aku letih weh..dgn nk kene ciapkan transkrip ag..wuwuwuwuu.. bertabahlah cik aa.chaiyukkkkkkk

Saturday 25 February 2012

pemalas punya worang...

aku toleh kiri,
aku toleh kanan.
aku pandang atas bawah depan belakang.
Dalam hati berkata:
oh banyaknya!

Kat mana harus aku bermula?
Bilakah harus aku bermula?
Bagaimanakah aku harus paksa diri untuk MULA?

Arghhh...
tak pernah ku sangka akan jadi sebegini sukar nak mengemas barang2..hu2..
aku ingatkan aku cukup excited nak pindah masuk umah baru..
jadi mengapa aku masih tak kemas satu apa pun lagi?

transkrip interview kedua yang masih tak siap..
environment tempat kerja baru yg nmpknye masih kurang ramah dengan aku.
salah faham dengan kawan yang nampaknya sukar nak memahami dan cuba sekali sekala menjaga kepentingan kawannya pulak...
satu habuk barang2 pun tak berkemas sedangkan esok da mula nk pindah masuk...

apa nk jadi la aku ni...??
.

Tuesday 21 February 2012

Someone like you..

something linger in my mind...(eh?how can i had something else linger in my mind when i need to concentrate much to finish this work?)

I'm eating my lunch, alone, in this messy environment, in front of my laptop. I need to take a break for a while to regain back my sanity (my sanity is very unstable when my stomach is empty lor..)

Then I see that notification (oh..a single notification can effect my life??)
p/s:I had a very bad habit. When I'm eating alone, I'll tend to eat in front of my comp..Now i truly understand why it is BAD!

And that single notification suddenly bring back all those old memories to me..

I had a story to be told.. (no, me eating lunch is not the story..)
But I dont know to who I can tell it.
It doesn't matter, because no one will understand anyway. That's why I end up here..

its about someone..
someone that used to come to my life..
someone that used to like me a lot (or at least it seem like so) and brave enough to tell me, strong and courageous enough to win my heart, get me to like him back, even he might do it wrong..
But I let him go..

And now this someone is about to get married..

Don't get me wrong.. I wish him well an I'm happy for him..
There's nothing I should regret, because I decide it that way at that time..
I dont like him back as much as he like me-then or now. I'm very clear of that.

But when i see that he's really moving forward,
and i see what i've become now..
Maybe its because of everything that happen to me now isn't happening according to the way i planned it back then, at the time when he came to my life...

That strange feeling suddenly come to me.. A feeling that I couldn't explain what or why.. I don't know.. Maybe is it a feeling of being left behind? Haha..
he found someone and I'm not (yet)?
He's more stable in career and in personal life now than me?

Maybe because of that.. I think he can laugh at me now. Ok Im sorry I shouldn't be over confident back then. I shouldn't have made so many mistakes.. But honestly I dont really disappointed with what I have and what I become now. It might not be as good as i planned but I think Im doing just fine..

But still...
This song probably can relate or describe someway somehow how I felt..



Again, I want to emphasize here that it's not that I'm feeling bitter in any negative way whatsoever. It juz that i had this strange feeling that i cannot describe, nor that anyone not in my shoes can understand..

To him:
you might not be the wrong person, but you seem to appear at the wrong time, in a wrong place..
I might had hurt you back then. Im sorry for what I've done. And now you are about to enter new phrase in your life. I sincerely want you to be happy. You deserve it ;)

p/s:Adele..you are so talented. thank you for creating this song.. I think I understand what are you trying to deliver..

Ok back to work....

Friday 17 February 2012

Kadang-kadang kita lupa..

Kadang-kadang kita lupa, bertapa bertuahnya hidup kita.
Tak pelik, sebab kita lebih cenderung melihat ke atas...
Kita lebih cenderung melihat org yg lebih dari kita-lebih kaya, lebih pintar, lebih cantik, lebih bergaya,lebih kool dan sebagainya...

Sebab tu kadang-kadang kita sedih, kita rasa kita kekurangan, sbb kita selalu pandang ke atas.

Cuba sekali-sekala kita pandang ke bawah?

Cuba sekali sekala pandang kepada kehidupan orang yang lebih susah dan menderita dari kita?

Cuba sekali sekala melihat pemandangan spt di bawah ni?
Cuba lihat dan selami hidup mereka pula.. dan bandingkan dengan kehidupan kita..









Renung-renungkanlah..
Nampakkah bertapa bertuahnya kita?
Hargailah diri sendiri dan kehidupan kita. Bersyukurlah... stop whining,complaining and being sad over nothing..

Realiti vs Fantasi.

Aku adalah seorang yg sangat tak up to date. Adalah perkara biasa sekiranya aku paling lambat tahu/paling lambat aplikasi/paling lambat miliki/paling lambat post/paling lambat mendaftar dan lain2 lagi kelambatan tentang sesuatu perkara berbanding orang lain. (T_T)

Motif bagitahu perkara ni? Ok sabar dulu..

Sekarang ni plak aku nk citer dlm keter aku, untuk halwa telinga kala memandu besenye aku selang-selikan mendengar antara radio Inggeris (Red Fm atau Fly Fm), MP3 aku sndri dan radio melayu (Hot FM). Besenye aku paling byk dgr MP3 sendiri sbb bile aku alih radio masa iklan, kdg2 aku lupe nk alih semula. Jadi memang paling byk aku dgr MP3 sbb konpem2 la takde iklan. Bengong tak aku? Bajet jer tak nk dgr iklan.. takde iklan takde la pendapatan radio. takde pendapatan radio takde la radio. takde radio takde la lagu baru berkumandang utk aku tahu kewujudan lagu best2..poyos.....

Ok2 suda panjang melalut. Apa yg aku nk bagitaw kt sini sebenanye adalah oleh kerana aku agak jarang dgr radio, maka aku jarang dgr lagu baru (ketika lagu tu masih berstatus baru la). maka aku baru je dgr lagu ni kt Hot FM tadi:



Tajuknya bawaku pergi. Zizan ngan Kaka yang nyanyi. Siapa kaka? aku pon tak kenal. Penyanyi baru lettew. Tapi sekali dgr, eh 3, 4 kali dgr pun, suara dia cam penyanyi kumpulan feminin zaman 90-an dulu-dulu. Aku rasa lagu ni mungkin dah lama ke udara. Aku je la yg baru 1st time dgr..ohhh sgt ketinggalan....

Amazingly, skali dgr aku trus suka kot lagu ni. Mungkin org boleh salah sangka lagu ni menyeru kpd pasangan utk cabut lari membelakangkan mak bapak. tapi bagi aku, aku boleh dgr lagu ni tanpa sebarang kerisauan terhadap sebarang risiko sampingan. hu2.. lagu ni aku suka semata2 sbb ia best di telinga aku. Dan rasanya aku tak la cukup bodoh lagi nk terpengaruh betul-betul dengan liriknya tu.

Apapun, siapa yg tak seronok utk lari ke alam fantasi daripada alam realiti yg kejam ni? Huah..exaggerate...Tapi seronok kalau lari sekejap je la. Takdenya org yg betul2 bahagia kalau selamanya hidup dlm alam fantasi.

Kita ni manusia, yg dah mmg dijadikan utk berdepan ngan cabaran hidup dan life drama hari2. Tak berdepan dengan dugaan besar, berdepan dengan dugaan kecil. Kita mungkin selalu merintih dan merungut, tapi kesukaran itulah yg menjadikan kita sbg manusia.

Memang kadang-kadang aku pernah terfikir nak hilang atau nak lari je.. Tapi aku fikir2 balik betul la, niat sebenar aku nk buat macam tu adlh lebih kpd just nk test adakah org lain akn merindui keberadaan aku, yg terasa dgn kehilangan aku. Tu je.. Hek eleh..poyo sungguh... dasar attention seeker..

Aku memang tak sempurna, byk kekurangan, kelemahan dan kekhilafan. Hidup aku pun taklah seindah mana, seseronok mana, semewah mana. Tapi adakah itu bermakna aku tak boleh bahagia?

Adakah korang rasa korang akan bahagia kalau hidup serba sempurna, serba lengkap dalam dunia ni tanpa sekelumit masalah atau cabaran pun? Renung-renung kan la ye...

Sambil tu aku nk berada di alam fantasi jap sambil2 dgr lagu ni...kiki.. apapun, aku dah terlalu tua rasenya untuk kahwin lari. Daripada kahwin lari,baik kahwin kecil-kecilan je kt tempat sendiri..ntah2 kos sama je..haha..honeymoon lari ngan laki sendiri boleh la nanti..

k saje mengarut.bai..

Thursday 9 February 2012

Rezeki harus dicari

Semua orang suka duit. Semua orang nak duit lebih. Bila ada duit lebih baru boleh beli atau memiliki lebih, apa-apa sahaja-barang mahupun perkhidmatan.. ok2..tak semua orang,tapi at least aku la...hihi

Tak salah nak duit lebih. Jadi kalau nak duit lebih tu kena lah juga pandai-pandai usaha mencari duit lebih kan..

Bila dah berniat begitu, haruslah bersedia mengorbankan lebih masa rehat anda. kalau tak berusaha, korang harap duit turun dari langit macam air hujan?

aku memang ada niat nak cari duit lebih, cuma sebelum ni belum nampak jalan, apa jenis kerja-kerja sambilan yang sesuai boleh aku lakukan untuk aku menambah pendapatan.

Namun Allah telah menunjukkan jalannya kepada ku kini.Alhamdulillah, datang offer dari seorang teman untuk aku. kerjanya adalah transkripkan interview-kerja2 picisan ramai student PHD yang tak berkesempatan nak transkripkan interview masing-masing sendiri kerana terlalu banyak kerja. Dun worry, aku dengan senang hati mahu melakukannya untuk dorang..hu2..

Kerja ni taklah susah sangat. Hanya perlu terjemahkan semula interview yang dalam bentuk lisan tu ke dalam bentuk tulisan. Tak perlukan modal besar, hanya komputer semata. Boleh dilakukan di rumah sendiri atau di mana-mana sahaja yang korang suka. Bayaran pun buleh tahan. sejam buat keje ni 10 hengget. kalau 8 jam sehari? RM 80. sebulan?hahaho..

Bunyik cam kacang kan? cop cop cop..dlm realiti, mana-mana job pun ade cabaran hokeh. Keje ini tak semudah yang dibayangkan. Kalau takde daya ketahanan tinggi, cepat borink k. kerje ni perlukan ketelitian, fokus dan kesabaran yang sangat tinggi. Kadang-kadang interviewer or interviewee cakap slow sgt susa dengar..kadang-kadang dorang cakap terbelit-terbelit or tersekat-sekat sampai korang tak paham satu habuk pon.. so tak pelik satu interview yang berdurasi satu jam memerlukan 7 ke 8 jam untuk ditranskripsikan.. Padan la student2 PHD tu upah orang mahal-mahal buatkan untuk dorang kerja ni. Satu interview perlukan 7,8 jam. Dorang ade paling kurang 30 interview hokeh? Bila masa nak buat sume?

Takpe, takpe..saya ada...haha

k la..nk sambung mentranskrip..mak rela tak tido malam ni..kui2...mari berusaha kuat demi rezeki lebih...lalalalala ;) semoga semuanya berjalan lancar dan Allah akan terus memurahkan rezekiku.. Amin

Monday 6 February 2012

insomnia

skrg jam da menunjukkan kul 2 pg lebey hokeh? ape ke halnyer mlm ni mata aku nmpknye sukar benar utk terlelap x mcm selalu..nk kate aku tido siang lame2, memang xde la..eh lagipun hari2 len tu kalo aku tido siang pon ngan selambe badaknyer mate aku still senang nk lelap mlm2, ni pehal lak x tido siang pun susah plak nk tido..

da bosan golek kanan golek kiri dekat 2 jam tp mata masih gak terkebil2 x buley nk tido, maka akhirnya solusi mengonline la jugak yg aku ambil kn...kate gadis semasa zmn it.kuang kuang kuang..bkn ape, ade sbb taw pada akhirnya aku pilih utk on9 n surf intenet..

sbb,yg aku mencinye bile x buley tido gini, mulela kenangan zmn silam nk menjelma kan. n yg x bestnyer, kalo mengenang kenangan indah tu takpelah jugak, ni minda aku nk nakal2 pulak mengenang kenangan sedih2..mengenang apa yg pernah terlepas dlm hidup aku walaupn suatu ketika dolu aku seakan-akan cam memang hampir sgt nk milikinya..

err dipendekkan citer, mulelah nk jiwa lara jiwang karat semacam je kn..tu la yg aku x tahan tu..ntah pape je..aku besenye x emo, so bile da kene sakit emo ni mule la keberah..huk2

ni sume salah radio suria le nih..mlm2 gini x suda2 pasang lagu cinta jiwa2 semacam..ni sume salah romate aku yg pasang radio ni n x bg aku alih stesen len..ni sume salah "orang" tu sbb telah menjadi sumber utk aku benostalgia tentang kenangan aku dengan dia..

kenape aku mesti menanggung akibatnya?mengapa?mengapa? *gaya dramatik*

p/s:oh aku da taw sape lagi yg bersalah dlm hal ni.pesalah yg menyebabkan aku xley tido..br aku igt aku minum nescafe rich ptg td..ni msti slh cafein dlm tu la strong sgt..adohai nyesal....

hamboi2 la ko mlm ni..sume org ko nk salahkn..yg x berkenaan plak tu..ni la manusia..sori, org x cukup rehat x buley tido mule la kepale otak die nk jd mereng gini..ki2 ;p so ignore ajelah..

k bai

Friday 3 February 2012

Program Diet 14 hari yg tak berapa mampu nak bertahan 14 hari...

Huahua..ape motip letak citer diet kat sini?memang la sgt tak sesuai jika dilihat pada saiz badan aku yg mmg chubby2 sedap utk dicubit lebihan lemak gtuu..

Okeh aku sedar diri..disebabkan diri aku yg bersaiz chubby terlebih lemak inilah aku mahu berdiet.sekurang-kurangnye adelah tepikir dan berusaha ke arah tu.adelah jugek tu ura2 nk berubah drpd sikap sebelum ni yg redha pasrah menyerah jer kan saiz badan sedia ada..so aku nk stori la sket perjalanan program diet aku tu setakat hari ni.manelah taw pasnih aku lebih sedar diri n jadik lebey berdisiplin.

apepun, terlebih dulu aku nk berterus terang bahawa aku memang malas nk pikir (n malas nk ikut) program diet pening2..itu x boleh mkn ini x boleh mkn..hidup aku da ckp komplikated utk ditambahkn serabut ngan sume tu..kui2..

nk dijadikan citer, hari tu aku menyinggah ke mydin kajang..so tgh usha2 brg2 basic nk beli, terpandang la satu kotak cereal yg diberi nama "nestle fitnesse low fat whole wheat cereal" yg men"suggest"kan program diet selama 14 hari ni.

senang weh peraturan die..seswai la utk aku yg bkn suke mende2 yg komplikated sgt ni kan.program tu juz cadangkn kite mkn cereal tu utk dua meal dlm sehari -pagi ngan malam bagi menggantikan menu sajian yg lebih berat cam nasi lemak, nasi goreng nasi berlauk etc2. Utk dua sajian je k, so kite masih boleh amek sekali meal bese yg seimbang pada waktu tghari.so buleh amek nasi atau roti dlm kuantiti yg agak sedikit, protein n lebihkan sayuran dan buahan.

sekali pandang memang kacang kan?apatah lagi rase cereal tu sedap le jugak.so xde masalah bg aku.ari pertama,jalan.hari kedua pun sukses dgn jayanya. masuk ari ketiga, oh halangan mula menjelma..mlm kwn aku ajk kuar plak.okeh x mengapa masih boleh dimaapkan sbb mlm tu hnya mkn yong taufu, kepok lekor seketul dua n sikit2 la cubit daging coteh2 tengkorak ayam goreng (aku paham still heavy tp aku x rase la cam ak mkn byk sgt n aku x amek nasi utk mlm tu)..

hari kelima, ade halangan juge..sbbkn aku kt umah org, tidaklah aku dpt mkn cereal tu.xpe wktu siang aku still x mkn heavy sgt-roti sekeping ngan telur hancur campur mayonis ngan sos cili.tp bile mlm lak aku mkn heavy, sbb aku masak2 sket.okeh..sudah langgar pantang mkn nasi sepinggan (byk gak) waktu mlm..lauk jgn citer la..sotong kunyit tu kaye minyak kot..kui2

hari keenam..okeh sudah pulang n sudah boleh mkn cereal..tp satu pengajaran yg aku peroleh kt cini, kalo sekali kite terlanggar pantang, mmg susa la..aku x phm nape 4 hari sebelum tu ku boleh bertahan x mkn nasik (atau mkn nasi,tp dlm kuantiti sgt sedikit), tapi selepas aku langgar pantang mkn nasik pade mlm hari kelima sebelum tu, perut aku mule meronta2 kelaparan tahap berguling2 pada waktu mlm..

seyes weh...aku sgt laparrr..SANGAT LAPAR..aku cube bertahan..mkn cereal tu.n amek kuantiti lebih sket..x jalan..pastu k.ma blk keje die bwk roti john.aku igt separuh roti john tu aku bedal kot..nikmat sgt weh walaupun sebenanye rase roti john tu x la sedap mane sgt..

ingatkan perut aku berpuas hatila..cettt..rupenye tidak..die berbunyik lg kuat kot pastuh..udahnye krn x mampu bertahan lagi, kul 11 mlm tu ape nk jadi jadi la..aku kuar cari mkn..ambek kau,skali aku oder nasi goreng belacan spesel trus (nasi goreng belacan yg ade ayam masak kunyit ngan telur dadar)..br senyap terus perut aku pastuh..

ohhhhhh.....sukarnya nk berdiet..br aku taw..kuang2..apelah nasib lagi 8 hari seterusnya?kui2...semoga halangan seterusnya dpt diatasi..

okeh abes merepek..sekian time kasih

Thursday 2 February 2012

Reject Mereject..

Al kisahnya bermula begini..

smalam aku lepak umah cik kikin..aku lepak sorang2 sbb tuan umahnya suda pegi keje..
paham paham la bile berseorangan tanpa akses intenet, teraselah agak memborinkan..aku wat ape2 je yg aku rase mampu nk isi mase walaupun tu umah org..hu2..bukak tv, sapu umah, mop lantai, kemas balik tempat tidur tempat kitorg wat slumber parti smalam, pegi kdai runcit etc2..

pastu aku ternampak lak ade sebuah buku ni:


aku bukanlah berniat nk review lebih2 buku ni..aku juz nk gtaw kt sini, krn nk isi masa lapang, maka aku pun menelaaah la buku ni..okeh..tu citer smalam la kan..skrg kite berentikan kejap cerite ini di sini..

tup2 hari ni aku terbaca la plak satu artikel oleh blogger ni pasal camne kalo korg nk merejek awek..link spt berikut kalo nk bace penuh:

http://www.gilabest.com/2012/02/tips-cara-cara-untuk-reject-awek.html#

meh aku copy paste sket kat cini artikel tu tentang ayat ape para guy lembut hati diluar sane nk bagi bile rejek awek yg suke kt korg tp korg x suke kt die..

1. Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif…
2. Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..
3. U nampak tak mamat tu… (padahal takda orang pun kat situ)
4. Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal…
5. I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je…
6. Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu…
7. I suka rogol pompuan yg pernah jadi kekasih saya..
8. Errr, sori, terpegang pulak….
9. Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10
10. Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia….
11. Saya suke lelaki la..awwww~
12. Saya suka mak org hahah
13. saya bukan lelaki tulen
14. Sayang, sebenar saya ni gay. Sorry ya~

amboihhh..panjangnyer cara...haha..sebaik je abes bace artikel nih trus aku dpt inspirasi nk menulis entri ni..

wokeh skrg kite boleh blk semule kepada citer buku di atas..ape perkaitan artikel ni, buku yg aku baca di atas tu dengan agenda rejek merejek..

mmm..artikel di atas ni bg tips2 utk lelaki kn..kalo para gugurl lak nk rejek lelaki camne?

buku tu da bg aku satu inspirasi dan idea paling bernas tentang camne plak care terbaik nk takutkan guy..kepada para girl yg nk rejek guy,toksah buang mase ckp ayat jage ati cam "saya x sesuai utk awk, kite kwn je la..awk baik tp saye yg tak cukup baik utk awk la, saye x sedia ade boypren ag la.." orang laki bkn paham sume tu..hu2..lagi korg menjauh lagi dorg keja..

so cara terbaik nk rejek guy?

*nota: ini hanya sesuai jika nk rejek lelaki yg stakat request nk jd boypren korg je tp korg x berkenan..kalau mmg die dah p pinang korang drpd tgn mak ayah korang, sile reconsider sebaik2nyer ye..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AJAK DIE KAWEN JE TERUS!!

seyes..musti dorg back off..siap lari lintang pukang x cari kite ag (buku ni yg ckp la)
tp aku rase cam betul..sbb kalo kite ckp nk kawen ngan laki tu, msti die da anggap kite ni 100% la into die..die la segala-galanya..die la nyawa kite..die la tempat kite bergantung..tanpa die kite nothing.. *huh...

big mistake la girl kalo kite tunjukkan pada laki yg kite sayang bahawa kite sayang sepenuh mati kt die(walaupun mmg itu la hakikatnye)..kalo kite reveal everything pasal kite..lagi la die angkat kaki cepat2 sbb da xde challenge katenye..perempuan yg independent, konpident n ade sisi misteri sentiasa menarik hati lelaki..so jadikan diri anda seorg yg sukar dijangka kalau xnak lelai yg disayangi pergi..

~lelaki slalu tertarik pada perempuan yg die taw sebenanya susah die nk miliki..kate suke cabaran..hmmm... #fact

~ nice girl slalu dilukai..adakalanya perempuan msti jd agak komplikated dan keras kepala kalau nk lelaki trus setia pade die #fact