juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Tuesday 20 March 2012

Cerita teh, kopi dan limau...

Dalam menghadapi perjalanan kehidupan yg sementara ni, tiada manusia yang terlepas dari dugaan kesusahan, kesedihan, kepahitan mahupun kekecewaan. Cuma cara Allah menduga kita dan kemudian memberi kemudahan atau kekuatan tahap rintangan kita terhadap masalah tersebut sahaja yg berbeza-beza.

Dalam menghadapi semua dugaan, cabaran dan kesedihan itu, manusia mempunyai dua pilihan...

Manusia yang bijak dan bahagia akan menukar kopi atau teh yang pahit menjadi minuman yang enak dengan menambah gula atau susu yang manis ke dalamnya. Juga mampu menukarkan limau yang paling masam kepada minuman dingin yang paling menyamankan di dunia..

Manusia yang rugi dan sentiasa mengeluh pula adalah manusia yang hanya menelan bulat-bulat segala "kepahitan" dan "kemasaman" yang disuakan kepadanya... tanpa melakukan apa-apa...

Manusia yang bagaimana ingin kita jadi, pilihan terletak di tangan kita...

Friday 16 March 2012

Quick update

Quick update?
hahahahahahahahahahaha!

Aku tak nampak apa perlunya aku buat quick update kat sini. kalau aku rasa aku nak cepat sgt dan xde masa atau taknak update blog ni, tak payah jela update.yg konon-konon getiks buat quick update pehal?kuang kuang

mmg aku dah lame x tulis atau luah apa-apa kat sini. bukanlah bermakna tiada apa-apa yg terjadi dlm hidup aku, in fact, terlalu byk yg terjadi sebenarnya lately...

tapi apapun, aku nak keep idup aku low key je skrg. aku malas nak ambil pusing atau terlalu memikirkan sangat tentang kehidupan atau drama-drama yg terdapat dalamnya. its tiring you know...

skrg apa sahaja masa lapang yg tersisa dlm atau terluang dlm hidup aku, aku nk isikannya dgn ketenangan semata-mata..aku nak pastikan setiap masa aku terisi, tapi aku nk pastikan ia diisikan dgn ketenangan hati, minda, fikiran, apa sahaja aktiviti...aku dah nak hentikan sebarang aktiviti berfoya-foya, berhibur, lepaking etc yg pada akhirnya aku tahu, ia sebenarnya takkan mendatangkan kebahagian hakiki utk aku.

jika aku pilih nak hang out dgn kwn, aku nk pastikan ia adalah dgn kawan2 yg mmg aku sayang dan menggembirakan aku...
jika aku pilih nk tgk wayang sekali-sekala, adalah krn aku benar2 rasa aku akn terhibur, terkesan dengan cerita tu. atau cerita tu boleh beri apa2 input bermanfaat utk aku.
jika aku pilih untuk keluar shoping, adlh mmg krn aku memang ada benda yg diperlukan, yg perlu aku beli. Bukan sekadar buang masa jln2 atau buang duit beli brg tak diperlukan.

aku nk berhenti risaukan perkara2 duniawi ni... chewah... aku nk manfaatkn hidup aku. aku nk hargai org yg aku sayang dan sayang pada aku, yg hargai aku. aku dah taknak jaga hati org. aku nk berbuat baik sebanyak mungkin tanpa harapkan balasan manusia. aku dah xnk bercakap atau terbabit dgn perbualan pasal hal orang.aku nak duduk kat rumah je senyap-senyap kalau takde apa2 aktiviti berfaedah yg aku boleh buat kalau keluar.

aku bertekad apa saja yg aku lakukan mulai hari ini, adalah boleh membawa ketenangan, manfaat, dan kebahagian, tak kisah lah dlm bentuk macam mana pun, untuk hati aku..

ok.. tak semua org akn paham ape aku bebelkan ni. tapi blog aku aku punya suka la nk tulis ape kn?and itu saja wat masa ni aku nk tulis..hi2

p/s: kepada sesiapa yg berasa kecewa, kesedihan atau kesepian, bacalah buku La Tahzan/Jangan Bersedih/Dont Be Sad. aku dalam proses mengkhatam buku ni. seyes best. highly recommended ;)

Friday 2 March 2012

TERLAMBAT...

Nampaknya mmg harus diakui..aku selalu lambat..
segala-galanya terlambat...

mengapakah?

ini semua sangat meletihkan...

SUDAHLAH...


(T_T)

Bateri keter kene curi

~tak semua kau rancang akan berlaku..
mungkin nasib tak menyebelahi aku

~ini tidak adil tidak adil bagiku...
ini tidak adil tidak adil baginya......

mungkin aku boleh pinjam lirik dari lagu yuna ni utk menggambarkan perasaan aku skrg. sbb mmg benar, tak semua perancangan yg diatur, walaupun ia diatur sebegitu rapi, akan terjadi. kadang-kadang kita tak boleh menduga apa jenis halangan nk terjadi..

macam2 aku plan nk buat dlm kesempatan 2 hari cuti hujung minggu ni.. aku nk blk ukm angkut blk semua brg2 masuk umah sewa.. aku nk blk kg sbb rindu sgt kt famili aku and aku nk hantar segunung baju2 terpakai untuk didermakan pada patient mak aku. aku nk pegi beli tilam baru..nk dobi baju..dan macam2 lagi..

kenapa di saat inilah bateri keter aku harus dicuri?

sudahlah sudah..aku nak bengang sedih ke ape pun tak perlu rasanya. at least aku ade moral sapot dr ramai orang..dan dr orang tu yg nmpknya sedia nk tolong aku walaupun die bz byk keje....

tp itulah kot masalah sebenanye bg aku..aku malu wehh asik2 susakn die aje....mmg la aku suka dpt jmpa dia..tp aku tak suka kena slalu bergantung pada dia..

dah2..buat steadi suda..duit boleh dicari. segala rancgn yg tergendala juga boleh disusun semula..sabar sajalah dan percaya ada hikmah yg lebih baik menanti..