juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Saturday 9 June 2012

variety of human being....

aku tak pasti dah ade berapa billion manusia yang menghuni planet bumi ketika ini, yang aku tahu, memang ramai. ramai sangat-sangat.

kat malaysia sendiri aku perhatikan wad bersalin tu mmg tak pernah sunyi.baby dilahirkan setiap saat. good luck lah utk semua kakitangan kesihatan yg bertungkus lumus membantu memudahkan proses ke arah menjayakan dasar menambahkan penduduk malaysia..lalalala~

ok aku dah mengarut panjang ni..tp ape aku cube nk sampaikan kt sini adelah memang ramai umat manusia yg terhimpun di dunia ini. dan kerana ramainya tulah maka kite boleh melihat berjuta ragam dan perbezaan fiil manusia nih.

dulu2, aku selalu stress sebab gagal memahami kenapa org ni berperangai camni, nape org ni bertindak camtu, kenapa si polan tu jahat sgt, kenapa si polan ni lurus sgt, eee bitchnyer pompuan tu, eh tak gunenyer laki tu,eh die tu ade double personaliti ke ape..bla bla bla.....

tapi lama-lama aku dah faham..tiada manusia yg betul2 sama dlm dunia ni.
tak guna aku stress sbb aku tak memahami tindak tanduk org len, sbb cara diorg berfikir, minat dan karakter org lain takkan pernah sama dgn aku.

mungkinkah perbezaan-perbezaan dan kepelbagaian sifat manusia ni memang sesuatu yg perlu diraikan?

mungkin...

sebab mungkin khilaf di mata kita tp tidak dianggap khilaf di mata dia...
pelik di mata kita mungkin biasa di mata dia...
mungkin silap dimata kita benar dimata dia...
atau jahat dan berdosa dimata kita tapi baik dan tiada yang salahnya di mata dia...

dalam situasi seharian hidup kita, kita tak dapat mengelak dari berjumpa dengan pelbagai jenis orang..
maka pelbagai jenis ragam, kerenah dan perangai la jugak yg kita jumpa.

kalu taknak meroyan2 sorang2, aku rasa baik aku teima hakikat jer tak sume manusia sama.. buat2 memahami jela kenapa dia macam tu dan teruskan hidup kita seadanya..

lalalalala~