juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Saturday, 9 June 2012

variety of human being....

aku tak pasti dah ade berapa billion manusia yang menghuni planet bumi ketika ini, yang aku tahu, memang ramai. ramai sangat-sangat.

kat malaysia sendiri aku perhatikan wad bersalin tu mmg tak pernah sunyi.baby dilahirkan setiap saat. good luck lah utk semua kakitangan kesihatan yg bertungkus lumus membantu memudahkan proses ke arah menjayakan dasar menambahkan penduduk malaysia..lalalala~

ok aku dah mengarut panjang ni..tp ape aku cube nk sampaikan kt sini adelah memang ramai umat manusia yg terhimpun di dunia ini. dan kerana ramainya tulah maka kite boleh melihat berjuta ragam dan perbezaan fiil manusia nih.

dulu2, aku selalu stress sebab gagal memahami kenapa org ni berperangai camni, nape org ni bertindak camtu, kenapa si polan tu jahat sgt, kenapa si polan ni lurus sgt, eee bitchnyer pompuan tu, eh tak gunenyer laki tu,eh die tu ade double personaliti ke ape..bla bla bla.....

tapi lama-lama aku dah faham..tiada manusia yg betul2 sama dlm dunia ni.
tak guna aku stress sbb aku tak memahami tindak tanduk org len, sbb cara diorg berfikir, minat dan karakter org lain takkan pernah sama dgn aku.

mungkinkah perbezaan-perbezaan dan kepelbagaian sifat manusia ni memang sesuatu yg perlu diraikan?

mungkin...

sebab mungkin khilaf di mata kita tp tidak dianggap khilaf di mata dia...
pelik di mata kita mungkin biasa di mata dia...
mungkin silap dimata kita benar dimata dia...
atau jahat dan berdosa dimata kita tapi baik dan tiada yang salahnya di mata dia...

dalam situasi seharian hidup kita, kita tak dapat mengelak dari berjumpa dengan pelbagai jenis orang..
maka pelbagai jenis ragam, kerenah dan perangai la jugak yg kita jumpa.

kalu taknak meroyan2 sorang2, aku rasa baik aku teima hakikat jer tak sume manusia sama.. buat2 memahami jela kenapa dia macam tu dan teruskan hidup kita seadanya..

lalalalala~



Saturday, 5 May 2012

DEMI MASA...

~Demi masa...sesungguhnya manusia kerugian...~

oh familiarkah anda dengan quote ini?sape yg tak pernah dgr sama ada memang tak pernah dengar kuliah atau baca buku agama, atau memang tak pernah kenal kumpulan raihan. jika benar, sesungguhnya tak salah lagi memang benar anda salah sorang yg termasuk dalam golongan yg kerugian nilah..iysh2

aku rasa ayat ni mmg familiar (bagi kebanyakan oranglah..).
tapi adakah kita sebenarnya benar-benar memahami maksud kerugian kerana masa nih?
aku rasa x ramai org betul2 paham..sebab tu masih ramai antara kita suka buang masa utk pelbagai perkara yg sebenarnya x perlu pun..(termasuklah aku)..

tapi kalaulah kita renung sejenak..betul2 pikir balik, kita akan tahu bertapa bodohnya kita sebab dah bazirkan masa dalam hidup kita, walaupun sekadar satu saat..

cam aku, kalo aku amek masa sekejap berpikir,aku msti slalu nyesal giler atas mende2 bodoh yg tak perlu aku buat yg telah bazirkan sebahagian masa dlm hidup aku.
pastu aku slalu sedapkan hati balik..cakap kat diri sendiri,"yelah...masa tak boleh diundur kembali..yg penting aku perbaiki diri pada masa depan".
tapi kerana aku tahu masa tak boleh diundur balik tulah lagi aku rasa sedih n bertapa bodohnya aku...

sebab tulah kadang2 aku jadi ignorant juga..buat2 tak tahu bile membuang masa atau berlengah2..lupa balik segala kesedaran tentang "jgn buang masa yg berharga" yg sekali sekala muncul tu sebab kalo aku betul2 berpikir aku mesti nyesal camtulah...

eh ape ke bangangnya ini semua?

ok2.bolehkah aku berjanji pada diriku sendiri takkan sekali-kali kerugian sebab masa lagi?

BOLEHKAH?

ok slamat berhujung mggu semua...

Saturday, 14 April 2012

Hujung minggu adalah hari bermalas-malas..

Makaih panjang tajuk..so like me tajuk panjang2 ni..kuang kuang kuang..

ok..aku tak tahu siapa atau apa sebenarnya yang mula-mula menerapkan dakyah hari hujung minggu adalah hari untk bermalas-malasan kat aku tu. yg pasti bkn mak aku sebab hujung mggu dia tetap sibuk kene buat keje rumah lah, tolong org kenduri lah, melawat nenek aku kt kg la..bla bla bla..

siapa?siapa?

ok..siapa yg bersalah tu tak penting...

tapi yg pasti, dakyah tersebut telah kuat berakar umbi dalam diri aku dan sekarang menjadi semacam satu parasit yang pelan pelan merosakkan kehidupan aku...

parasit?!!tettt....

tahu tak manusia tak seharusnya bermalas malasan tak kira lah pada hari apa pun?
hujung mggu bukanlah hari bermalas, tak buat apa2 kerja atau aktiviti. tapi hujung mggu adalah masa utk kita fokus pada aktiviti lain selain drpd kerja..

tak kisahlah untuk tujuan menuntut ilmu bagi memperbaiki diri ke...
meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan atau masyarakat bagi memelihara hubungan silaturahim ke...
memperlebihkan masa untuk beramal ibadat ke...

apa-apa sahaja..yang penting hujung mggu juga harus diisi dengan aktiviti yg boleh memberi manfaat..bukan sekadar tido makan melongo jer..

ok...aku janji aku akan cuba melawan "parasit" ini..akan kumanfaatkan masaku sebaik mungkin...chaiyukkkkkk

ok bye ;)

Tuesday, 20 March 2012

Cerita teh, kopi dan limau...

Dalam menghadapi perjalanan kehidupan yg sementara ni, tiada manusia yang terlepas dari dugaan kesusahan, kesedihan, kepahitan mahupun kekecewaan. Cuma cara Allah menduga kita dan kemudian memberi kemudahan atau kekuatan tahap rintangan kita terhadap masalah tersebut sahaja yg berbeza-beza.

Dalam menghadapi semua dugaan, cabaran dan kesedihan itu, manusia mempunyai dua pilihan...

Manusia yang bijak dan bahagia akan menukar kopi atau teh yang pahit menjadi minuman yang enak dengan menambah gula atau susu yang manis ke dalamnya. Juga mampu menukarkan limau yang paling masam kepada minuman dingin yang paling menyamankan di dunia..

Manusia yang rugi dan sentiasa mengeluh pula adalah manusia yang hanya menelan bulat-bulat segala "kepahitan" dan "kemasaman" yang disuakan kepadanya... tanpa melakukan apa-apa...

Manusia yang bagaimana ingin kita jadi, pilihan terletak di tangan kita...

Friday, 16 March 2012

Quick update

Quick update?
hahahahahahahahahahaha!

Aku tak nampak apa perlunya aku buat quick update kat sini. kalau aku rasa aku nak cepat sgt dan xde masa atau taknak update blog ni, tak payah jela update.yg konon-konon getiks buat quick update pehal?kuang kuang

mmg aku dah lame x tulis atau luah apa-apa kat sini. bukanlah bermakna tiada apa-apa yg terjadi dlm hidup aku, in fact, terlalu byk yg terjadi sebenarnya lately...

tapi apapun, aku nak keep idup aku low key je skrg. aku malas nak ambil pusing atau terlalu memikirkan sangat tentang kehidupan atau drama-drama yg terdapat dalamnya. its tiring you know...

skrg apa sahaja masa lapang yg tersisa dlm atau terluang dlm hidup aku, aku nk isikannya dgn ketenangan semata-mata..aku nak pastikan setiap masa aku terisi, tapi aku nk pastikan ia diisikan dgn ketenangan hati, minda, fikiran, apa sahaja aktiviti...aku dah nak hentikan sebarang aktiviti berfoya-foya, berhibur, lepaking etc yg pada akhirnya aku tahu, ia sebenarnya takkan mendatangkan kebahagian hakiki utk aku.

jika aku pilih nak hang out dgn kwn, aku nk pastikan ia adalah dgn kawan2 yg mmg aku sayang dan menggembirakan aku...
jika aku pilih nk tgk wayang sekali-sekala, adalah krn aku benar2 rasa aku akn terhibur, terkesan dengan cerita tu. atau cerita tu boleh beri apa2 input bermanfaat utk aku.
jika aku pilih untuk keluar shoping, adlh mmg krn aku memang ada benda yg diperlukan, yg perlu aku beli. Bukan sekadar buang masa jln2 atau buang duit beli brg tak diperlukan.

aku nk berhenti risaukan perkara2 duniawi ni... chewah... aku nk manfaatkn hidup aku. aku nk hargai org yg aku sayang dan sayang pada aku, yg hargai aku. aku dah taknak jaga hati org. aku nk berbuat baik sebanyak mungkin tanpa harapkan balasan manusia. aku dah xnk bercakap atau terbabit dgn perbualan pasal hal orang.aku nak duduk kat rumah je senyap-senyap kalau takde apa2 aktiviti berfaedah yg aku boleh buat kalau keluar.

aku bertekad apa saja yg aku lakukan mulai hari ini, adalah boleh membawa ketenangan, manfaat, dan kebahagian, tak kisah lah dlm bentuk macam mana pun, untuk hati aku..

ok.. tak semua org akn paham ape aku bebelkan ni. tapi blog aku aku punya suka la nk tulis ape kn?and itu saja wat masa ni aku nk tulis..hi2

p/s: kepada sesiapa yg berasa kecewa, kesedihan atau kesepian, bacalah buku La Tahzan/Jangan Bersedih/Dont Be Sad. aku dalam proses mengkhatam buku ni. seyes best. highly recommended ;)

Friday, 2 March 2012

TERLAMBAT...

Nampaknya mmg harus diakui..aku selalu lambat..
segala-galanya terlambat...

mengapakah?

ini semua sangat meletihkan...

SUDAHLAH...


(T_T)

Bateri keter kene curi

~tak semua kau rancang akan berlaku..
mungkin nasib tak menyebelahi aku

~ini tidak adil tidak adil bagiku...
ini tidak adil tidak adil baginya......

mungkin aku boleh pinjam lirik dari lagu yuna ni utk menggambarkan perasaan aku skrg. sbb mmg benar, tak semua perancangan yg diatur, walaupun ia diatur sebegitu rapi, akan terjadi. kadang-kadang kita tak boleh menduga apa jenis halangan nk terjadi..

macam2 aku plan nk buat dlm kesempatan 2 hari cuti hujung minggu ni.. aku nk blk ukm angkut blk semua brg2 masuk umah sewa.. aku nk blk kg sbb rindu sgt kt famili aku and aku nk hantar segunung baju2 terpakai untuk didermakan pada patient mak aku. aku nk pegi beli tilam baru..nk dobi baju..dan macam2 lagi..

kenapa di saat inilah bateri keter aku harus dicuri?

sudahlah sudah..aku nak bengang sedih ke ape pun tak perlu rasanya. at least aku ade moral sapot dr ramai orang..dan dr orang tu yg nmpknya sedia nk tolong aku walaupun die bz byk keje....

tp itulah kot masalah sebenanye bg aku..aku malu wehh asik2 susakn die aje....mmg la aku suka dpt jmpa dia..tp aku tak suka kena slalu bergantung pada dia..

dah2..buat steadi suda..duit boleh dicari. segala rancgn yg tergendala juga boleh disusun semula..sabar sajalah dan percaya ada hikmah yg lebih baik menanti..