juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Tuesday 20 March 2012

Cerita teh, kopi dan limau...

Dalam menghadapi perjalanan kehidupan yg sementara ni, tiada manusia yang terlepas dari dugaan kesusahan, kesedihan, kepahitan mahupun kekecewaan. Cuma cara Allah menduga kita dan kemudian memberi kemudahan atau kekuatan tahap rintangan kita terhadap masalah tersebut sahaja yg berbeza-beza.

Dalam menghadapi semua dugaan, cabaran dan kesedihan itu, manusia mempunyai dua pilihan...

Manusia yang bijak dan bahagia akan menukar kopi atau teh yang pahit menjadi minuman yang enak dengan menambah gula atau susu yang manis ke dalamnya. Juga mampu menukarkan limau yang paling masam kepada minuman dingin yang paling menyamankan di dunia..

Manusia yang rugi dan sentiasa mengeluh pula adalah manusia yang hanya menelan bulat-bulat segala "kepahitan" dan "kemasaman" yang disuakan kepadanya... tanpa melakukan apa-apa...

Manusia yang bagaimana ingin kita jadi, pilihan terletak di tangan kita...

No comments:

Post a Comment