juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Friday 16 March 2012

Quick update

Quick update?
hahahahahahahahahahaha!

Aku tak nampak apa perlunya aku buat quick update kat sini. kalau aku rasa aku nak cepat sgt dan xde masa atau taknak update blog ni, tak payah jela update.yg konon-konon getiks buat quick update pehal?kuang kuang

mmg aku dah lame x tulis atau luah apa-apa kat sini. bukanlah bermakna tiada apa-apa yg terjadi dlm hidup aku, in fact, terlalu byk yg terjadi sebenarnya lately...

tapi apapun, aku nak keep idup aku low key je skrg. aku malas nak ambil pusing atau terlalu memikirkan sangat tentang kehidupan atau drama-drama yg terdapat dalamnya. its tiring you know...

skrg apa sahaja masa lapang yg tersisa dlm atau terluang dlm hidup aku, aku nk isikannya dgn ketenangan semata-mata..aku nak pastikan setiap masa aku terisi, tapi aku nk pastikan ia diisikan dgn ketenangan hati, minda, fikiran, apa sahaja aktiviti...aku dah nak hentikan sebarang aktiviti berfoya-foya, berhibur, lepaking etc yg pada akhirnya aku tahu, ia sebenarnya takkan mendatangkan kebahagian hakiki utk aku.

jika aku pilih nak hang out dgn kwn, aku nk pastikan ia adalah dgn kawan2 yg mmg aku sayang dan menggembirakan aku...
jika aku pilih nk tgk wayang sekali-sekala, adalah krn aku benar2 rasa aku akn terhibur, terkesan dengan cerita tu. atau cerita tu boleh beri apa2 input bermanfaat utk aku.
jika aku pilih untuk keluar shoping, adlh mmg krn aku memang ada benda yg diperlukan, yg perlu aku beli. Bukan sekadar buang masa jln2 atau buang duit beli brg tak diperlukan.

aku nk berhenti risaukan perkara2 duniawi ni... chewah... aku nk manfaatkn hidup aku. aku nk hargai org yg aku sayang dan sayang pada aku, yg hargai aku. aku dah taknak jaga hati org. aku nk berbuat baik sebanyak mungkin tanpa harapkan balasan manusia. aku dah xnk bercakap atau terbabit dgn perbualan pasal hal orang.aku nak duduk kat rumah je senyap-senyap kalau takde apa2 aktiviti berfaedah yg aku boleh buat kalau keluar.

aku bertekad apa saja yg aku lakukan mulai hari ini, adalah boleh membawa ketenangan, manfaat, dan kebahagian, tak kisah lah dlm bentuk macam mana pun, untuk hati aku..

ok.. tak semua org akn paham ape aku bebelkan ni. tapi blog aku aku punya suka la nk tulis ape kn?and itu saja wat masa ni aku nk tulis..hi2

p/s: kepada sesiapa yg berasa kecewa, kesedihan atau kesepian, bacalah buku La Tahzan/Jangan Bersedih/Dont Be Sad. aku dalam proses mengkhatam buku ni. seyes best. highly recommended ;)

No comments:

Post a Comment