juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Sunday 8 January 2012

Berbaloikah suatu penantian?

Pernah dengar quote "penantian satu penyiksaan"?

pernah berada dlm satu situasi di mana korg perlu menanti dan terus menanti, sesuatu yg tak pasti?

sesiapa yg pernah berada dlm situasi penantian tu pasti tahu bertapa seksanya suatu penantian..

ajaibnya, bertapa seksanya pun sesuatu penantian tu, mengapakah kita masih terus setia menanti?mengapa kita sanggup tempuhi segala kesakitan dan keperitan penantian tersebut?

Mengapakah kita menanti dan terus jua menanti? Senang je, kerana memang kita menginginkan apa yg kita nntikan tu..kalau kita tak berkehendak, x memerlukan, takkanlah kita sanggup bersusah payah menanti kan?

Mengapa pulak kita begitu berkehendak?Mengapa kita membiarkan diri kita begitu memerlukan?seakan-akan kita sangat perlu bergantung pada perkara yg kita nntikan itu?

ni persoalan sulit nk dijawab sebenarnya..sbb biasanya ia ade kaitan dengan hati..dan bile da berkait soal hati ni jadi sulit la sikit kn..
sebab lain, kita mungkin hilang arah dan tak tahu dengan apa atau siapa lagi yg sebenarnya kita boleh bergantung harap selain daripada apa yg sedang kita nntikan tu..kadang2 hati kita selalu tersilap tafsir bahawa memang kita sgt perlukan perkara tu..takde pilihan lain yg lebih baik..sbb tu kite msti sabar menanti..dan kalau kita sabar menanti, apa yg kita nantikan itu akan akhirnya kita miliki juga..

tapi bagaimana pada akhirnya setelah sekian sabar menanti, berakhir dengan pengakhiran yg mendukacitakan?
puas menanti, akhirnya menyedari bahawa apa yg dinanti itu memang x mungkin kita miliki?

sudahlah berdepan kekecewaan tidak dapat memiliki apa yg dinantikan..rasa sedih dan kesal terhadap masa-masa yg terbuang dek menanti sia-sia itu juga pasti perit rasanya utk ditanggung..

aku tak rasa hati dan akal kita bodoh.minda sama ada sedar atau bawah sedar sebenarnya telah memberitahu kpd kita akan hakikat risiko-risiko kekecewaan ni..bukan kita x sedar akan hakikat ni..tapi kadang-kadang, kita pilih utk sedapkan hati sendiri dan mengabaikan 'instinct' ini..kita memilih utk buat-buat tak tahu saja..kite memilih utk hidup dlm penafian..kita memilih utk mengambil risiko menanggung kekecewaan asalkan kita masih boleh berpaut pada harapan..walaupn harapan tu rapuh sgt sebenarnya..

adakah kerana kita takut keluar dari zon selesa kita?
adakah kerana kita takut utk mengubah hala kpd sesuatu yg baru?
adakah kerana kita tidak bersedia membuka pintu-pintu baru pilihan lain yg mungkin sebenarnya lebih baik?

aku tak tahu..aku benci menanti..sangat benci..tp ada masenya aku tetap berada dlm situasi aku redha menanti..
dan sakit amat bile pada akhirnya, setelah menabur harapan-harapan positif,aku tetap tidak memiliki apa yg dinanti..

mungkin bila sampai tahap ini, apa yg terdaya dan mampu kita lakukan adalah Redha, pasrah dan berserah semata-mata..mungkin ada sinar yg lebih baik utk kita nanti kn?


k bye =

No comments:

Post a Comment