juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Saturday 21 January 2012

Coret-coret hujung minggu..

ari ni ari ahad..
ari ni cuti hujung minggu yang bersekali dengan cuti tahun baru cina..
ari ni ari ahad pertama cuti semester utk pelajar-pelajar UKM yg bermula sejak semalam..

all in all, jika difikirkan segala logiknya, hari ini seharusnya menjadi hari yg lebih sunyi sepi daripada biasa...
nota: harus diingat disini blok yg aku tinggal kini tidak dihuni penghuni tetap..ia biasanya disewakn kepada pihak luar yg mengadakan aktiviti di UKM..itu agak jarang2 berlaku dan biasenye penginapan mereka sekadar 2,3 hari atau paling lama pun semasa "summer camp" permata pintar iaitu 3 minggu..tapi itu pun mereka biasanya memang ade aktiviti len dan x byk masa mereka luangkan kat blok, lebih sekadar utk tempat tidur, mandi dan berehat sekejap saja..jadi pada kebanyakan masa, blok ini memang sunyi sepi..

walaubagaimanapun, perkara sebaliknya berlaku..walaupun ia sebenarnya bukanlah tidak disangka-sangka..

tiba-tiba blok ini dihuni ramai pelajar utk penginapan luar semester..(adakah dorg wat ala2 setinggan kat bilik dorg?sbb blk x byk pon yg diambil tp org kelihatan ramai dan jumlah selipar2 di luar bilik masing2 macam gerai jual selipar kt pasar malam)
tiba-tiba loceng amaran kebakaran yg tak pernah2 berbunyi tu berbunyi..(mungkinkah sebab ade pelajar yg memasak?)
tiba-tiba aku tidak lagi boleh mandi sesuka hati di bilik air yg aku suka pada bila-bila masa yg aku suka kerana pada waktu puncak (pagi pukul 7-8 ataupada waktu maghrib 6.30 ke 8 mlm) bilik air tu tiba2 penuh..
tiba-tiba aku tak boleh lagi keluar masuk menjenjeng kuali periuk, sayur2, udang2, sotong, ayam bagai dari bilik masak ke singki bwh tanpa bertembung ngan sorg dua student yg kelihatannya pelik nape pulak aku sedang memasak..
tiba-tiba juga aku tidak lagi boleh menyidai baju sesuka hati di mana-mana bilik kosong kerana dibimbangi akan ade pelajar yg akn masuk bilik tu...
tiba-tiba kebebasanku yg biasa telah "diambil" dr aku...

huahuahua..ok..siapakah aku utk merungut disini?sedar sket ko pon dok ngan k.asma jer..hik2..

ape-apelah..aku menulis pon utk "membunuh masa" sementara menunggu mak,adik,abg,kakak ipar dan anak sedaraku hana mia yg sgt comel tu dtg menjemput aku nanti..selang2 ketika iklan semasa menonton jalan-jalan2 cari makan, sambil menikmati "brunch" mee goreng lebihan semalam yg ditambah telur mata dan sambil2 bergosip dengan k.asma, sempat jugak la aku nk menulis ape pun yg aku nk tulis disini..

aku ni selalu pelik..pabila aku melalui hari-hari yg menyeronokkan atau betul2 memeritkan, aku sukar utk menulisnya (mungkin sbb aku tidak cukup bijak mereka ayat dan memilih perkatan-perkataan yang tepat utk menceritakanya dengan tepat juga)..aku memang lebih biasa menulis panjang2 hal yg remeh-temeh berbanding hal-hal yg lebih penting..

okeh bye...

No comments:

Post a Comment