juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Friday 17 February 2012

Realiti vs Fantasi.

Aku adalah seorang yg sangat tak up to date. Adalah perkara biasa sekiranya aku paling lambat tahu/paling lambat aplikasi/paling lambat miliki/paling lambat post/paling lambat mendaftar dan lain2 lagi kelambatan tentang sesuatu perkara berbanding orang lain. (T_T)

Motif bagitahu perkara ni? Ok sabar dulu..

Sekarang ni plak aku nk citer dlm keter aku, untuk halwa telinga kala memandu besenye aku selang-selikan mendengar antara radio Inggeris (Red Fm atau Fly Fm), MP3 aku sndri dan radio melayu (Hot FM). Besenye aku paling byk dgr MP3 sendiri sbb bile aku alih radio masa iklan, kdg2 aku lupe nk alih semula. Jadi memang paling byk aku dgr MP3 sbb konpem2 la takde iklan. Bengong tak aku? Bajet jer tak nk dgr iklan.. takde iklan takde la pendapatan radio. takde pendapatan radio takde la radio. takde radio takde la lagu baru berkumandang utk aku tahu kewujudan lagu best2..poyos.....

Ok2 suda panjang melalut. Apa yg aku nk bagitaw kt sini sebenanye adalah oleh kerana aku agak jarang dgr radio, maka aku jarang dgr lagu baru (ketika lagu tu masih berstatus baru la). maka aku baru je dgr lagu ni kt Hot FM tadi:



Tajuknya bawaku pergi. Zizan ngan Kaka yang nyanyi. Siapa kaka? aku pon tak kenal. Penyanyi baru lettew. Tapi sekali dgr, eh 3, 4 kali dgr pun, suara dia cam penyanyi kumpulan feminin zaman 90-an dulu-dulu. Aku rasa lagu ni mungkin dah lama ke udara. Aku je la yg baru 1st time dgr..ohhh sgt ketinggalan....

Amazingly, skali dgr aku trus suka kot lagu ni. Mungkin org boleh salah sangka lagu ni menyeru kpd pasangan utk cabut lari membelakangkan mak bapak. tapi bagi aku, aku boleh dgr lagu ni tanpa sebarang kerisauan terhadap sebarang risiko sampingan. hu2.. lagu ni aku suka semata2 sbb ia best di telinga aku. Dan rasanya aku tak la cukup bodoh lagi nk terpengaruh betul-betul dengan liriknya tu.

Apapun, siapa yg tak seronok utk lari ke alam fantasi daripada alam realiti yg kejam ni? Huah..exaggerate...Tapi seronok kalau lari sekejap je la. Takdenya org yg betul2 bahagia kalau selamanya hidup dlm alam fantasi.

Kita ni manusia, yg dah mmg dijadikan utk berdepan ngan cabaran hidup dan life drama hari2. Tak berdepan dengan dugaan besar, berdepan dengan dugaan kecil. Kita mungkin selalu merintih dan merungut, tapi kesukaran itulah yg menjadikan kita sbg manusia.

Memang kadang-kadang aku pernah terfikir nak hilang atau nak lari je.. Tapi aku fikir2 balik betul la, niat sebenar aku nk buat macam tu adlh lebih kpd just nk test adakah org lain akn merindui keberadaan aku, yg terasa dgn kehilangan aku. Tu je.. Hek eleh..poyo sungguh... dasar attention seeker..

Aku memang tak sempurna, byk kekurangan, kelemahan dan kekhilafan. Hidup aku pun taklah seindah mana, seseronok mana, semewah mana. Tapi adakah itu bermakna aku tak boleh bahagia?

Adakah korang rasa korang akan bahagia kalau hidup serba sempurna, serba lengkap dalam dunia ni tanpa sekelumit masalah atau cabaran pun? Renung-renung kan la ye...

Sambil tu aku nk berada di alam fantasi jap sambil2 dgr lagu ni...kiki.. apapun, aku dah terlalu tua rasenya untuk kahwin lari. Daripada kahwin lari,baik kahwin kecil-kecilan je kt tempat sendiri..ntah2 kos sama je..haha..honeymoon lari ngan laki sendiri boleh la nanti..

k saje mengarut.bai..

1 comment: