juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Thursday 9 February 2012

Rezeki harus dicari

Semua orang suka duit. Semua orang nak duit lebih. Bila ada duit lebih baru boleh beli atau memiliki lebih, apa-apa sahaja-barang mahupun perkhidmatan.. ok2..tak semua orang,tapi at least aku la...hihi

Tak salah nak duit lebih. Jadi kalau nak duit lebih tu kena lah juga pandai-pandai usaha mencari duit lebih kan..

Bila dah berniat begitu, haruslah bersedia mengorbankan lebih masa rehat anda. kalau tak berusaha, korang harap duit turun dari langit macam air hujan?

aku memang ada niat nak cari duit lebih, cuma sebelum ni belum nampak jalan, apa jenis kerja-kerja sambilan yang sesuai boleh aku lakukan untuk aku menambah pendapatan.

Namun Allah telah menunjukkan jalannya kepada ku kini.Alhamdulillah, datang offer dari seorang teman untuk aku. kerjanya adalah transkripkan interview-kerja2 picisan ramai student PHD yang tak berkesempatan nak transkripkan interview masing-masing sendiri kerana terlalu banyak kerja. Dun worry, aku dengan senang hati mahu melakukannya untuk dorang..hu2..

Kerja ni taklah susah sangat. Hanya perlu terjemahkan semula interview yang dalam bentuk lisan tu ke dalam bentuk tulisan. Tak perlukan modal besar, hanya komputer semata. Boleh dilakukan di rumah sendiri atau di mana-mana sahaja yang korang suka. Bayaran pun buleh tahan. sejam buat keje ni 10 hengget. kalau 8 jam sehari? RM 80. sebulan?hahaho..

Bunyik cam kacang kan? cop cop cop..dlm realiti, mana-mana job pun ade cabaran hokeh. Keje ini tak semudah yang dibayangkan. Kalau takde daya ketahanan tinggi, cepat borink k. kerje ni perlukan ketelitian, fokus dan kesabaran yang sangat tinggi. Kadang-kadang interviewer or interviewee cakap slow sgt susa dengar..kadang-kadang dorang cakap terbelit-terbelit or tersekat-sekat sampai korang tak paham satu habuk pon.. so tak pelik satu interview yang berdurasi satu jam memerlukan 7 ke 8 jam untuk ditranskripsikan.. Padan la student2 PHD tu upah orang mahal-mahal buatkan untuk dorang kerja ni. Satu interview perlukan 7,8 jam. Dorang ade paling kurang 30 interview hokeh? Bila masa nak buat sume?

Takpe, takpe..saya ada...haha

k la..nk sambung mentranskrip..mak rela tak tido malam ni..kui2...mari berusaha kuat demi rezeki lebih...lalalalala ;) semoga semuanya berjalan lancar dan Allah akan terus memurahkan rezekiku.. Amin

No comments:

Post a Comment