juz me..plain me..mumbling about...ANYTHING ;

jika anda "ter"sesat ke blog ini, tahniah!jgn kata anda, sy pn hairan gak ;p

Tuesday 8 March 2011

book that i recently read (2)

akhirnya, suda boley buat review buku yg kedua.lately ni disebabkn banyak habiskan masa yg terluang depan komputer tgk video,jarang sket aku baca buku da berbanding dulu.err..truk2..apapun, buku utk aku review kali ini adalah:


MENCARI BAHAGIA by HASHIM ABDUL WAHAB.


Hmm..jgn tertipu dgn tajuk dan ilustrasi depannya seperti aku.hu2..aku pernah membaca beberapa buku berbentuk memoir yg lain, dlm bhs melayu mahupn inggeris,jadi aku rasa buku ni lain dari lain sikit. Bagi aku ianya lebih detail dan agak berbentuk ilmiah sket kerana sarat dengan fakta dan penerangan..macam menulis tesis pulak..hu2 (bila dan bagaimanalah agaknya ye penulisnya mampu mencuri masa utk mencari semua material, mengolah dan menulis utk buku ini dlm pada kesibukan beliau? betulkah buku ini dihasilkan dengan pengorbanan penulisnya bangun tgh mlm bg menyiapkannya?wah..mmg terer la).

Buku ni mengisahkan perjalanan hidup beliau dr zmn skolah, zaman belajar di peringkt lebih tinggi di serdang dan di u.s, hinggalah sepanjang perjalanan karier beliau. Ada sesetengahnya apa yg ditulis itu yg aku memang da tahu, ada sesetengahnya pula memberikan pengetahuan baru kepada aku. tapi yang pasti, buku ini mmg sarat dgn pelbagai informasi yg bg aku menarik la-sbb rase mcm.."oo,begitu", sepanjang membaca buku ini.

Menariknya pada aku, ada satu bahagian tu die ceritakan pengalamannya mengikuti delegasi ke china sekitar tahun 1990-an dulu. sebagai graduan sejarah, aku taw la jugak perjalanan pentadbiran perdana2 menteri malaysia serba sedikit, dan aku paling berminat sekali pentadbiran semasa zaman tun dr Mahathir, termasuklah dasar ekonomi dan hubungan luar beliau. waktu 1990-an tu,kalo x silap aku, mmg waktu ketika dr mahathir giat kukuhkn hubungan ekonomi ngan china (wktu yg sama gak soviet-sstm komunisme jatuh) jadi membaca buku ni memberikan aku lebih pengetahuan dan penjelasan tentang apa yg berlaku dan bagaimana ianya dilakukan oleh pegawai2 yg terlibat ketika itu..hu2..yelah, nak juga tahu bagaimana agaknya situasi dan pengalaman yg dialami pegawai-pegawai terlibat semasa menjalankan tugas yg melibatkn hubungan luar. ade masalah bhs ke?adat resam ke?lagi pulak China kn ngr komunis-sosialis.masuk ke stail ekon mas ngan dorg?camtu la..

Buku ni ada lebih kurang 400 lebih muka surat, juga disertakan banyak gambar dan ilustrasi berkenaan kehidupan penulis. Secara keseluruhan, aku memanglah mengesyorkn buku ini utk dibaca. Ianya mungkin sedikit berat (bagi akulah), tapi ambil masa utk membaca dan menghayatinya. Di sebalik keseriusan buku ini, spt memoir lain, terdapat elemen santai yg mudah utk difahami dan sangat menarik ttg mereka2 yg telah berjaya utk dibaca.Daripada 5 bintang, aku bagi buku ni:
-
-
-
-
-
-
-
-

4 BINTANG

Sekian review buku kali ini.Slamat membaca =)
p/s:buku ni aku dapatkan kt perpustakaan awam bentong je.anda boleh cb dapatkannya di perpustakaan berhampiran anda k?

saya,
cik aa =)

No comments:

Post a Comment